Saturday, September 11, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA..~

huh baru nak mengenjuk blog sendiri.maklumlah sibuk ngn persiapan rayakan.. "ALLAH..HUAKBAR ALLAH..HUAKBAR ALLAH HUAKBAR"...... Sedih lak aku dengar takbir raya beb..ramadhan berlalu dah sudah...skrng tibalah syawal..diam tak diam dah raya ke-3.. cept jekan mase berlalu..ni barulah dpt rehat sikit..kalau tak sibuk dok melayan sedara..... makcuk budak2 apetah lagi...kalau raye pertama tue kalau nak rehat mungkin tak dpt kot..aku baru je nak lending kat depan tv ...

"ASSALAMUALAIKU~!!!! CIK NAK RAYe....."masuk2..."...."hmm...."abg kami taknak makan lah dah kenyang.." "aik?!!! korang ni nak berya ke nak kutip duet"..

haha mantap gile budak2 sekarng ni..aku kesian tgk budak2 tue bagi jelah duit pas dionrng dpt duet angkat kaki bla..huhu camtulah suasana hari raya kat tempt aku ..aku rase samekot kt temtpt diorng...ade yg bestnye siap dtg 2x...tue dahlah dtg 2x..pastu sound kat aku

" semalam singgit bang"!!!

pewh..diman gile dak2 ni..aku rase kalau aku bagi lebih mmg kompon die roger2 sms kawan diorng suh dtg umah aku..hahhahaah biasalh suasana hari rayakan..kalau takde budak2..almaklumlah sopi eh jadinya..budak2 nilah penyeri hari raya..aku pon camtu gak...hahaha same je..korang pon samelah....aku tau..time budak2 nilah nak wat coletion..t dah beasar dok melepak ja layan org kat umah..

dalam bulan syawal ni sebenrya kite besedekah kat budak2..
moga2..rezki kite dilimpahi ramhat..amin.

aku lak ni time rye perut dok nak meragam ja..tah ape masalh kot..mayb terkejut agaknya...naK sesah rendang..takleh..kecuh beb...k,lah nak gerak beraya...calo~..

Saturday, September 4, 2010

RENUNG2KANLAH SELAMAT BERAMAL.."SESUAI JUGA UNTUK BAKAL IBU DAN BAPA~".......

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.



Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Bile engineering pergi ke katering..dapur jadi ribut ibu jadi serabut....semua jadi kalut..hahaha

huh..done..jom completed biasa aku gunekan kalau dah abes kerja..siap kemas2 dapur aku releks sat then bukak pc,sambung cerita aku..arini aku wat kueh tat..kalau sebut pasal tat macam2 ade tat nenas, tat gulung tat kiwilah apelah...org yang terlibat buat kueh aku, adek aku ngn mem besar perhatian ye cuma mem aku je sorng pompuan adek aku lelaki..jgn ingt lelaki kayu nak wat kueh..akikikikik

Aku pon dok nak sibuk2 kat dapur kunon nak blajr wat kueh,maklumlah nak rayekan..baru je nak pecahkan telur big boss dari hall dpn dah bahan aku..
"alah.....takpayah lah nak wat kueh, awak tue tangan besi..merosakkan je kueh org tue."


si ayah sibok dengan menacap sikit2 lagi saki-baki cat yang perlu dikemaskinikan di depan...lame2 suara itu makin dekat.hahah terbakar gak bapak aku dok bahan aku..

dalam hati aku.


" takpe2,aku akan tunjukkan ingt adek aku yg Katering je ke leh wat kueh, walaupon aku dari engineering aku pon boleh!!! " semangat berkobar-kobar

aku mula menguli tepung.mengikut arahan adik aku..la ni aku mengikut arahan adik aku biasa aku yg bagi arahan..takpe aku akur..uli2 lan teruns menguli sahut cabaran ayah ko tunkukan yg ko boleh..

penat menguli akhirnya proses tue membentuk kueh...huh..aku rase mase nak bentuk kueh tue punyalah keras tangan aku...


" hai....kalau camnilah maghrib baru siap"

adeh~...mem pon dah bersuara dok bahan aku..mak ayah aku dah bahan aku ni ..mane leh jad. ok aku akan tunjukkn segala kemahiran aku dari teknikal ke katering....

adik aku mengajar aku dari A to Z. aku tangkap ape yg dia ajrkan..aku pon mula mengambil sedikit tepung sebelum mengelek menjadi tipis dan dibentuk..

gelek punya gelek..nak tarik dari kertas minyak pecah lak tepung ni.....hahahha cam ne ni...sush gak wat kueh ni..aku sblm ni tau makan je..gentel2 jadi rope ini.


"tat gulung..heh~....


ok cun, jadi wah~..kire pas lah ni tapi yg spoilnye tang nak potong..





---------------------->
jauh beza...hahah

yg ni akunye yang tue mak akunye..haha dah cam ape dah aku wat..takpelah kite takde exprince cam org lame.huhu bljr sikit2 t lame2 jadi bukit..mak wa dah pandang gereng je kat wa..
"ko buat kueh ape tue bang!!, cam pelik je"
aku sengeh katmak aku..
" mak sambung mak eh"..."hah!! kan dah ckp lain kali takyah tolong kalau nak main2...
ingat nak tolong tapi bikin kalut kat dapur.. ape lagilah mak aku dah cerita pnjg ..aku agkat kaki cabut~....
cuci tgn bantai tdo..
p/s beli je kueh malam raye murah2 lelong....hahahahah

Friday, September 3, 2010

cerita raya...




Mate taklehnak pejam lak dah taktau nak wat ape dah.tekan-tekan papan kekunci ni. Bali2k google,balik yahoo ....kalau bukak je komputer takde lain facebook..kalu tak facebook aku men online game..ni tah cam mane tah rase nak wat blog lak ni..sental jelah asal jadi...buat hilangkan boring2 aku ..boleh lah gak kongsi cite same2..hmm~..

Lagi seminggu je nak raye..biasalah kalau nak raya.kueh,langisr,mengecat rumah maklumlah sume serba baru baru feel nak raya.hari raya budak kecik paling meriah.Kata org kalau takde budak kecik ni cam tak raye..yelah dia yg paling sibuk,nak2 kat masjid tang tarawikh.wah yg mainkejar2 lain yang terpekik lain.org yg jaga budak kecik kat masjid tue nama dia cik dollah..sampaikan cik dolah ckp.
"oi budak2, kalau ko taknak semayang baik ko balik!!!..." hahahahha..
ade ke nak wat ibadah ke halau..kikikik budak2 ni kalau tak de org jaga kat masjid wah dielah raja. tak kire laki ke pompuan..same je..heheh aku pon kecik2 same je kot cam tue..yang aku masih ingt sampai skrg..ade sorng budak bleh bakar mercun dalam masjid..hahahahaha tang tue terbantut sume jemaah nak mengaminkan bacaan imam..heheheh
"aaaa................" "KEBOOM!!! wakakaka..
.mane tak cik dolah mengamuk...Cik dolah tue lama jaga masjid kat sini dari aku kecik2 lu la ni~... kire lagendlah org tue tuekan... boleh di bagi awards otai~..

cite pasal mercun tahun ni dah bape ramai nak putuih jari..aish~.... teruk deme ni yob..aku dulu maen gak mercun tapi..mane ade sampai nak putuih jarilah ..melecur lah apelah..dah tau bende tue meletup..jadi meletup = bahaya=mati=kubur..ko jgn lah pegang dari ko pegang baek ko makan je..senang tak menyusahkan mak bapak ko ngn jiran ko sibuk2 bawak ko g klinik..tak taulah kalau ko nak poular masuk metro muka depan.





"penGAJARAN NIh"


dah sekarang mercun dah diharamkan..dulu releks je jual open kat tepi2 jalan siap pak polisi beli lagi tuk anak2 dia..sekarang kalau ko rase nak mask dalam ko p jual mercun..hahaha raya ler kat lokap.budak2 sekarng ni genius sgt.ade je pengubahsuaian yang nak wat..maklumlah generasi bijak pandai.creative dan inovative!! ( tak bertempat kot). so waspada.pada sesiapa yang ada anak..adik dan pemain2 mercun sekalian..take note!!..

Nak menyambut hari raya nikan sume org sibuk shoping baru baru , perabot baru kalau boleh sume2 isi2 rumah tukaq baru..biar nampak berseri..hahahha mmg berseri tapi hok suami@ bapak jadi mangsa.nak beraya hutang keliling pingang.Nanti pas gaye..huhu gadai rete mende tak terbayar..dah kene tarik..adeh~...malunye...alah der,raye ala kadar je yang penting rasa kesyukuran tue perlu ade..ni raya sokmo tapi puasa...tet! !!.... no commnet...

time kecik2 lu baju raya aku jarang tempah...boleh dikira sebab mak aku pandai jahit...senang je takyah pening pale nak cari tailor..kat sini tailor sblm pose dah ttp tempahan sebab bnyk tempahan katanya..wah kayelah makcik2, pakcik2 tukang jahit..tapi mak aku tak amek tempahan pon, sekadar tok pamili ja..alah sekarng dah senang dah siap byk ..berlamabk korang tinggal pilih je ape kaler nak..ape saiz nak...

pas dah pakai baju raya pagi raya cantik2 segak kacak..tak g semayng pon time kecik2 lu..jarang!!..hahaha startlah ajakjiran aku g wat koleksi..dari rumah ke rumah.....mula2 mesti umah jiran..sebab jiran2 ni paling sengkek dia bagi RM0.50 time aku lu kueh baru 10sen..zaman skrng ni budak2 mane nak pandang.lagi best..

"ni zul duet along bagi, duet gaye "......sambil senyum aku bagi kono dptlah pujian..baeknye along..tapi " alah.....duit besi!!! org nak duet kertas"...hahhaa gelak besar aku budak kecik ckp camtu....

aku bagi duet 50 sen 2 keping time tue..budak2 zman skrng ni ..pepandai belaka. aku gase kalau aku bagi wang mas pon dia tolok dia ingt duit kertas yang paling besar nilai dia..

- k,lah aku nak tolong mak aku wat kerjalah..haha maklumlah adek beradik kau sume lelaki aku paling sulung..kesian kat mem besaq umah ni..kerja dari pagi bertemu pagi...t aku update lagi kat blog ni..cya..camat menjalani ibadah pose..dan nak raye dah wey..